Kaitan dengan militan Islam Serangan_Norway_2011

Norway menghantar 550 askar dan 3 buah helikopter di utara Afghanistan. Pejabat Anti Pengganas Amerika Syarikat turut menuding kepada pengganas bawah tanah yang mungkin bertanggungjawab. Antaranya ialah kumpulan Ansar al-Jihad al-Alami, atau Penyokong Jihad Global. Pada 2004 dan 2008, pemimpin no 2 Al Qaeda, iaitu Ayman al-Zawahri pernah menyasarkan Norway kerana menghantar tentera menyokong NATO di Afghanistan.

Namun pemimpin Islam di Norway mengutuk serangan itu. Setiausaha Majlis Islam Norway, Mehtab Afsar dengan tegas menyatakan 'Norway adalah tanah air kami, tanah air kita semua'.[7]